Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, April 5, 2011

Nasi Hujan Panas dan ayam masak Merah



dah lama tak update blog, hihi maaf ye anum sebab terlalu..lalu lama nak update resepi ini..tak taulah apa yang dibznyer

Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan
Beras yang telah dibasuh terlebih dahulu
Susu segar
Perwarna merah,hijau,kuning
Blend(Bawang merah (2pcs),bawang putih2(pcs),halia(sebesar ibu jari))
2 sudu planta untuk menumis

Cara masak:
1.Panaskan planta kedalam rice cooker.
2. Bila dah panas, boleh masukkan barang yang blend tadi. Tumis sehingga wangi
3.bila dah bau harum tu..masukkan susu..agak bila masukkan beras tu nanti 2/3 dari susu.susu jangan banyak sangat, takut lembik tak sedap plak nanti
4.Masukkan beras yang dah dibasuh tadi.
5. Bila agak2 nasi hampir kering, buatkan 3 lubang berasingan, masukan 3 jenis pewarna yang telah dicampurkan dengan air di 3 tempat berasingan setiap satu lubang satu warna yer.
6. Tunggu nasi kering, dan boleh taburkan bawang goreng diatasnyer sebelum dikacau, nasi tak perlu dikacau,sehingga nak dihidang baru kacau, takut warna bercampur pulak yer.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1. Ayam goreng
2.3 sekawan
3.Blend(Bawang Merah,bawang putih,halia,tomato)
4.cili boh
5.tomato sos
6.cuka
7.gula melaka dan garam

Cara Masak:
1.Tumis 3 sekawan sehinga wangi
2.Tumis cili boh sehingga garing
3.Tumis bahan blend sehinga wangi dan garing
4.masukan sedikit gula melaka dan garam
5.masukan hirisan bawang
6.masukan sedikit air asam agar tidak terlalu pekat dan masam
7.masukan sos tomato dan cili
8.masukan sedikit cuka
9.bila dah keluar minyak, masukkan ayam goreng.

sila hidangkan panas-panas yer..sangat wallah!

Monday, May 17, 2010

Ketupat sotong

Ketupat sotong ni fav Mr Hubby, teramatlah mudah penyediaanya..dan rasa pun marvelous..so kepada yang bukan orang Terengganu yang nak cuba buat..leh ar try ye..

Bahan - bahan :

6 ekor sotong yang panjang2 dan segar
secubit halba
secubit garam
santan 2 cawan
pulut 2 cawan rendam dalam 2 jam
3 biji bawang kecil or kalu takde bawang besar pun boleh
halia dalam 3 cm
gula sesedap rasa

Cara masak:

1.kukus or masuk je rice cooker pulut bersama sedikit garam dan santan+air.
2.sotong mesti buang kulit purple agar kelihatan putih bersih
3.pulut yang dah separuh masak or dah masak tu boleh sumbatkan kedalam sotong dan lekatkan dengan lidi
4.didalam periuk, masukkan santan bersama bawang,halia,halba,garam,gula bersama sotong
5. agak-agak sampai tengelam sikit je sotong, jangan banyak sangat air or santan sebab kita nak kuah yang pekat lemak berkrim!

Tambahan kalu nak rasa pedas sikit, leh tumbuk lada hitam dan letakkan lada hitam.

Jemput - jemput ikan bilis

Jemput - jemput ikan bilis,memang fav Mr Hubby dan Adam..hihihi..simple je buat ni..senang je..tapi memang wallah..resepi sos ni pun aku dapat dari Pn Zura comel, memang sedap..dah lama ku cuba buat sendiri tapi tak menjadi..alhamdulilah dengan resepi dari Pn Zura comel..memang menjadi..

Jemput - jemput ikan bilis
Ikan bilis segengam
Kentang 2 biji potong dadu
Bawang besar sebiji.
Tepung dalam 3 Cawan
Sebiji Telo
Secubit garam

Cara Masak
Blend jer ikan bilis+bawang+telo
Campurkan tepung dengan kentang
Siap untuk digoreng

Sos Terengganu style
Bahan-Bahan
2 Sudu Cili Boh *( Made in Terengganu)
2 keping nissan kecil
2 sudu cuka

Cara masak
Campurkan semua, kalu pekat sangat tambah air sikit. semerbak baunyer..

Homestay Kerteh

9 Mei 2010 : Jalan Cempaka, Kerteh
Alhamdulilah, dah siap dah homestay MIL. Malam sabtu tu ada Majlis Kenduri Doa Selamat dan Solat Hajat di Rumah Homestay baru ni.

Location : Jalan Cempaka, Kerteh
Facilities : 1 masterbed room with aircond, queen size bed, furniture
1 room with 2 single bed, with 2 wardrobe
2 wash room/toilet
FREE Astro (rm50 package), Broadband Internet access
TV, Sofa, Kitchen (with gas), Refrigerator
Price : RM 160 per day (full cash deposit, cash only) @
RM 800 per month (pay early month, cash or bank-in) + 1 month deposit + RM 200 for electric + RM 100 for water






Alhamdulilah..


Alhamdulilah,akhirnya dapat juga aku submit thesis ku pada 7 Mei 2010. Walaupun pada hari jumaat ini aku dapat MC sebab diarea...namun ku gagahkan juga, pagi tu before kami bertolak ke Kerteh...kami singgah ke OUM Kl. Ingat just submit je..rupanyer nak softcopy application plak..hai, terpaksalah cari cd dekat The Mall, tau..tau jelah pagi2 mana ada kedai bukak..hmm..akhirnya Mr hubby jumpa gak..alhamdulilah, application selamat dibakar dan dihantar! Ya Allah, semoga au lulus dan berjaya menamatkan pengajianku..lega sesangat rasanyer..hilang semua..Ya Allah..aku rasa nikmat ini sangat..dihargai..syukur alhamdulilah!

Thursday, March 18, 2010

gambar passport


First time adam ambil gambar pasport kat kedai gambar ayah teh. Susahnye ye rupanyer nak ambil gambar pasport budak ni...berpeluh lah jugak ummi, abah dan kak ja yang nak ambil pose adam yang terbaik..akhirnya dapat gak close up yang mata pandang camera..tapi baju plak senget...adam..adam..

Friday, March 12, 2010

ENT

12 Mac 2010 : DEMC

Tak taulah adam jatuh kat nussery or luka sebab menggaru, dah 2 hari jatuh tapi masih bleeding..so ummi bawak gi pakar ENT untuk check takut internal bleeding..

Dr tengah spray hidung adam..so far alhamdulilah..semua selamat, dr kata cuma bengkak sebab ada jangkitan kuman..dr bagi ubat untuk sapu di rongga hidung adam..alhamdulilah..semuanya selamat..

Thursday, March 11, 2010

Western Food



Semalam, ummi tak larat nak masak, abah ambil alih..hihii pandai jugak abah masak western untuk makan malam kitaorang..tqvm..love u so much my dear!

3 keping roti bakar yg rangup di salut planta
sekeping burger ayam bersalut lada hitam
sebatang sosej rangup disaluti cheese dan mayonis.
3 biji bebola emas ayam
kentang goreng panas di goreng keemasan
salad kubis dan bawang bersama mayonis enak
dihiasi sos cili life
bersama-sama fresh orange

Friday, March 5, 2010

Maulidul Rasul

5 Mac 2010 : Taska Adam

Pagi-pagi lagi kami dah siapkan adam dengan baju melayu johor, almakulmlah pagi ni adam ada perarakan Maulidul Rasul diTaskanya..bukan main ceria lagi anak ummi ni bila dipakaikan baju melayu johor siap dengan songkok aji..adam ni plak bila dah pakai songkok aji..dia cuma tau..allahuakhbar dan sujud..hiihhi..
Adam bawak kek cgiffon dan kek Gulung ke Taska untuk majlis sempena Maulidur Rasul..Tapi nak berarak..hmmm tak pastilah..boleh ke si kecik ni...

Wednesday, March 3, 2010

Menghirup udara segar

22 Feb 2010 : Suria Cherating Beach Resort

Sampai je di resort adam sudah tidak keruan, hahaah very da jakun ini hero..excited sangat..sebab so many thing to explore! hiihhi..oleh kerana bilik kitaorang depan je swimming pool, en kodam ni apa lagi..dah tak sabar - sabar nak swimming!

Hmm bukan senang nak dapat Adam tido awal macam ni..hmm..syukran..syukran..setelah penat seharian bermain!


Depan bilik pun ada playground..apa lagi..masa kecik-kecik tak naik buai..sekarang dah jakun..hihi...

aksi merajuk bila kami tak layan dia nak g swimming pool..sorry ye nak..swimming pool close!

Barney Beg


Beg ni baru beli kat pasar carboot Shah Alam, amboi bukan main sakan hero ni ke hulu ke hilir bawak beg ni..tak nak lepas..sampai kan food dia semua masukkan dalam beg..

Wedding Pencinta wanita

16 Januari 2010 : Galeri Shah Alam


Walaupun weddin ni dah 2 bulan berlalu..baru sempat diupload gambarnyer..tahniah diucapkan kepada memepelai..semoga bahagia dunia dan akhirat..adam tak sihat masa ni..sian dia..tak berapa nak aktif...hmmm..

Bye..Bye



Tinggal kenangan. bersama CC Salwa dan Kak farah, semoga kalian sihat sejahtera dan berjaya dalam segala lapangan yang diceburi..tempat ambil gambar ni pun dah tinggal kenangan..sebab kitaorang dah tak duduk kat situ lagi..hmm..sob..sob.. really miss da moment together..

Tuesday, January 5, 2010

pantai

Di waktu petang..apa lagi..menghabiskan masa di pantai kemasik sambil bermain air di gigi pantai..huhuhu adam memang suka bermain dengan pasir pantai..adam suka explore benda baru..so bila dia tengok ombak..rasa air datang kat dia..dia akan sibuk bercakap dengan kita..ya Allah semoga adam menjadi anak yang soleh dan bijak!




Adam car

Alhamdulilah, akhirnya ummi dan abah adam dapat gak belikan car untuk adam..ialh bukan apa..dia asyik sangat dengan stereng..sampaikan cd kat umah pun dibuatnye setereng..siann anak ummi.. kereta ni kami beli online..memang berbaloi..jauh tu g amik kat hospital sungai buloh..tapi adam dari dalam kereta lagi dah naik kereta dia..

ni aksi masa malam dapat kereta..tak sempat kitaorang turunkan kereta..dah sibuk nak wipe da car!

ni gambar kat kerteh..bukan main lagi adam..


Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google