Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, April 5, 2011

Nasi Hujan Panas dan ayam masak Merah



dah lama tak update blog, hihi maaf ye anum sebab terlalu..lalu lama nak update resepi ini..tak taulah apa yang dibznyer

Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan
Beras yang telah dibasuh terlebih dahulu
Susu segar
Perwarna merah,hijau,kuning
Blend(Bawang merah (2pcs),bawang putih2(pcs),halia(sebesar ibu jari))
2 sudu planta untuk menumis

Cara masak:
1.Panaskan planta kedalam rice cooker.
2. Bila dah panas, boleh masukkan barang yang blend tadi. Tumis sehingga wangi
3.bila dah bau harum tu..masukkan susu..agak bila masukkan beras tu nanti 2/3 dari susu.susu jangan banyak sangat, takut lembik tak sedap plak nanti
4.Masukkan beras yang dah dibasuh tadi.
5. Bila agak2 nasi hampir kering, buatkan 3 lubang berasingan, masukan 3 jenis pewarna yang telah dicampurkan dengan air di 3 tempat berasingan setiap satu lubang satu warna yer.
6. Tunggu nasi kering, dan boleh taburkan bawang goreng diatasnyer sebelum dikacau, nasi tak perlu dikacau,sehingga nak dihidang baru kacau, takut warna bercampur pulak yer.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1. Ayam goreng
2.3 sekawan
3.Blend(Bawang Merah,bawang putih,halia,tomato)
4.cili boh
5.tomato sos
6.cuka
7.gula melaka dan garam

Cara Masak:
1.Tumis 3 sekawan sehinga wangi
2.Tumis cili boh sehingga garing
3.Tumis bahan blend sehinga wangi dan garing
4.masukan sedikit gula melaka dan garam
5.masukan hirisan bawang
6.masukan sedikit air asam agar tidak terlalu pekat dan masam
7.masukan sos tomato dan cili
8.masukan sedikit cuka
9.bila dah keluar minyak, masukkan ayam goreng.

sila hidangkan panas-panas yer..sangat wallah!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google