Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, February 27, 2009

office


Adam datang office ummi lagi..hihi..amcam saksikan aksi Auntie Lea, Haiza dan Uncle Adi mendukung Adam..hihihi..tapi yang pasti Adam lebih selesa dan empuk bersama auntie farah..takde gambar plak..

Wednesday, February 25, 2009

30 Tips menjadi suami mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

sumber dari : MatJa ( ahmad_rizza@yahoo.com.my )

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami oleh: Uwais al-Qarani

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.



oleh: Uwais al-Qarani

Monday, February 23, 2009

Strawberry Choc


Makan malam malas nak masak..sementara lom masak,buat strawberry simbah choclate..nyumm..nyum sedap sebab strawberry dari cameron lea beli..dan cadboury dari abah Adam..senang je..
Bahan - Bahan :
Strawberry
Cadboury
Air secukup rasa
Cara :
Pecah - pecahkan cadboury, masukkan dalam micowave bersama sedikit air..panaskan seminit
Pastu curahkan je cadbury cair kat atas straberry..sedapnyer makan!

Sunday, February 22, 2009

Buatmu Wanita




Pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun nak pergi Majlis Pelancaran Buku Kak Su yang bertajuk "BuatMu Wanita "..Tahniah diucapkan kepada kak su atas kelahiran buku sulong beliau..alhamdulilah ummi dan abah dapat sorang satu buku " Buatmu Wanita " apabila nama kiaorang naik untuk lucky draw..memang bertuah sangat rasa dapat hadiah buku "Buatmu Wanita" ak sabar rasa nak baca..mulanya inga kalu takde ong..nak beli jugak buku sulong kak su ni..tapi alhamdulilah..tahniah!tahniah! kak su..u all kena dapakan tau buku ni..memang best!besttt...

azim haikal


Tengahari tu lepas gi majlis pelancaran buku kak su..kitaorang terus ke putrajaya, Alhamdulilah..anom dah selamat melahirkan baby boy..AZIM HAIKAL. comel dan cute ngat haikal ni..geram sangat tengok..masa kitaorang sampai rumah anom, anom lom balik dari hospital putrajaya..sambil menunggu baby sampai..Adam sempa berposing bersama abah Adam..

Friday, February 20, 2009

Roti Arab


Malam ni takde apa yang di masak, balance sardin siang tengahari tadi ada..so gi pasar malam jap beli roti arab, abah Adam pun lom balik lagi ni..
Roti Arab 5 minit
Bahan - Bahan :
Sambal Sardin
Telo 4 biji
Roti Arab
Cara:
Panaskan sambal sardin
Pecahkan telor
Masak Roti Arab bersama planta
nyum..nyum..sedia untuk dimakan..

Funniest baby




U all tolong tengok, mana satu muka Adam yang paling funny..nak masukkan dia contest fUNNIEST baby kat Jusco

Thursday, February 19, 2009

wearing singlet


Adam first time pakai singlet..umi asyik simpan je..skali kemas - kemas baju..Adam dah ketat pakai singlet ni..hiihhi..

asyik kena dukung


Wah..wah Adam, asyik kena dukung je ye..sampai balik Shah Alam nak dukung je dengan umi, abah Adam bz..asyik kena run job je..hiihhi..

kena massage


wah..wah..special treatment dari Tok Long untuk Adam, masa ni Adam merengek - rengek manja gitu..pas Tok Long urutkan Adam..wah terus senyap...sedap agaknyer..amboi Adam..kecik - kecik lagi nak kena urut ye..

Refelexology Time...


Petang Ahad gi Tesco pas beli tiket bus Abah Adam di larkin, menghilangkan lenguh dan sakit kaki di Reflexology Thiland kat Tesco Tebrau..memang puas hati service yang diberikan..memang best..Abah Adam tak nak join..dia jaga Adam je..lain kali nak gi lagi..

Badminton oh badminton



Perlawanan badminton antara pasangan Afiq dan Abah Adam, Tok Abah dan Akim..itupun puas dipujuk Abah Adam main badminton baru nak main, dia sayang betul kat lemak-lemak yang ada di badan..hihi..bila dah main tak ingat plak..sementara kaum lelaki main badminton, yang perempuanyer minum kopi dibawah pokok jambu..hiihih..bukan menganyam ketupat ye..mengambil udara segar diwaktu petang..
Tengokjelah aksi-aksi diorang ni main badminton..almaklumlah yang baju merah tu dah lama tak main..ada gak yang pancit..hiihhi...

Minum Petang di Saujana


Adam bersama adik..ehh silap..mak usu..punyalah excited mak usu nak jumpa Adam..kereta belum berhenti dah menerpa turun umah mak ngah nak jumpa Adam..ADAM..ADAM..mak usu rindukan Adam ye..

Minum Petang di bawah pokok jambu..Adam pun join sama bercerita ngan tok da dan onni..

On da Way ke Kota Tinggi


Wah..wah..nyenyak sungguh Adam tido..sepanjang jalan dari Shah Alam ke Kota Tinggi Adam ido saje..nyenayak betul..mak ngah dah tak sabar nak tunggu Adam Balik..

Friday, February 13, 2009

Bangun pagi


Adam bila tidur kekenyangan dan nak kejutkan bangun pagi untuk bersiap ke nuserry, dah pandai bising dan mengeliat..hihihi..baju yang auntie norin bagi ni dah ketat ngan adam..tapi ummi masih pakaikan..adam suka bila tanggal seluar dan pampersnyer dibuka..nampak tu kat mulut adam masih ada susu ummi..hihhii

Thursday, February 12, 2009

my love




Gambar-gambar ni semua mak ngah yang ambil dan edit..thanx to mak ngah..sayang adam ye? gambar2 ni bolehlah buat melepas rindu ye..

Ikea


Seronok betul Adam gi ikea ngan onni,tok abah,mak ngah,mak atin, pak uda,abah dan ummi. Adam suka tempat yanga da cahaya terang

Friday, February 6, 2009

Adam Izzuzikri Bin Ahmad Izzuddin

SEMINIT

Adam baru lahir..
Berat : 2.85 kg
Tinggi 50 cm
1 Bulan

Adam dah sebulan..
Berat : 4.2 Kg
Tinggi :55 cm
2 Bulan

Adam Dah 2 Bulan, Adam dah balik Shah Alam
Berat : 5.8 kg
Tinggi : 59 cm

3 BULAN

Adam Dah 3 Bulan, Adam dah duduk di nusery seksyen 7
Berat : 6.6 kg
Tinggi : 62 cm

5 BULAN


Adam Dah 5 Bulan, Adam dah pandai berguling - guling..ni sekarang dah belajar nak merangkak..angkat punggung tapi tangan tak kuat lagi..
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google