Apa itu webhosting ?
Webhosting adalah aktiviti untuk menyewa ruang dan trafik(bandwidth) dari bulan ke bulan untuk pelanggan tersebut boleh memaparkan laman web atau bahan² yang berkaitan.
Apa itu nama domain ?
Nama domain biasanya digunakan untuk mengenali nama, dari TLD (Top Level Domain) ke alamat IP(Protokol Internet).
Contohnya: www.saleiz.com
Ini digunakan untuk membawa pelayar ke alamat IP yang digunakan. Digunakan sebagai alamat untuk laman web dan digunakan untuk tujuan pencarian. Ini adalah kerana untuk mengingati alamat IP seperti contoh 202.x.y.123 adalah sukar dan menyulitkan.
Bagaimana saya mendaftar nama domain?
Mendaftar nama domain adalah mudah. Pada awalnya kita mesti memikirkan nama yg kita inginkan, kemudian dengan menggunakan WHOIS server untuk mengetahui sama ada nama yang kita pilih itu telah didaftarkan atau tidak.
Bila kita telah mengetahui status nama domain, kita boleh mendaftarkan nama domain tersebut dari registrar terpilih.
Apa itu bandwidth?
Bandwidth (ataupun trafik) adalah jumlah data yang dihantar oleh laman web kita dalam masa sebulan.
Setiap karakter di dalam web anda mempunyai bait yang perlu di hantar. Gambar contohnya boleh mempunyai saiz sebesar 100,000 bait dan fail lain boleh mencapai sehingga 10,000,000 bait. Dan kebiasaanya trafik bulanan akan di kira dalam Gigabait, 1 Gb = 1Billion bait.
Jika laman web anda telah mencapai had trafik bulanan, akaun akan akan disekat secara automatik, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.
Apa itu ruang web ?
Ruang web adalah jumlah ruang cakera keras yang diberikan oleh kami kepada anda untuk mengisi fail dan kandungan web anda.
Apa itu virtual web hosting?
Virtual web hosting adalah cara paling biasa digunakan oleh syarikat webhosting seperti Saleiz Ent. Ini adalah cara yang paling mudah untuk menguruskan pelanggan di dalam sebuah server. Kebiasaannya sebuah server akan di isi dari 100-300 domain mengikut kemampuan server tersebut dan jenis website yang pelanggan itu gunakan.
Apa itu error pages?
Error pages digunakan untuk memaparkan ralat oleh pelayar laman web. Untuk mengubahsuai Error Pages adalah mudah, anda hanya perlu menggunakan cPanel kami. Antara Error pages yang digunakan adalah:
400 – Bad Request
401 – Authorization Required
403 – Forbidden
404 – Missing File
500 – Internal Server Error
Apa itu name servers?
Name servers are what ICAAN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) use to locate the server in which a site is hosted. A server will use 2 – 4 IP (Internet Protocol) address to identify themselves on the Internet. A domain name uses the name servers to lock it to a server, so when a user types in a domain name it is brought to the server in which the name servers belong to
Apa itu dedicated hosting?
A dedicated server is basically the same thing as a home pc. It’s converted into a server and is rented from a provider on a month by month basis. The user as complete control over the entire server and can do as they please with it. This type of hosting is very useful for large companies and websites.
Apa itu kandungan dinamik?
Laman web dinamik atau kandungan dinamik adalah laman web yang menggunakan pangkalan data untuk menyimpan maklumat yang akan dipaparkan di atas laman web. Isi kandungan ini boleh di kemaskini ditambah dah dibuang tanpa melibatkan pengubahsuaian fail. Ini adalah untuk memudahkan pengendalian laman web. Laman web dinamik biasanya di tulis menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP, JSP dan lain-lain.
Apa itu FTP?
FTP or File Transfer Protocol digunakan untuk menghantar fail dari komputer kita ke dalam server.
What is MySQL?
MySQL adalah pengkalan data yang digunakan untuk menyimpan data yang di hantar atau di aturcara menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti PHP.
What is PHP?
PHP adalah bahasa pengaturcaraan laman web. Biasanya digunakan untuk membina laman web dinamik. PHP adalah singkatan daripada; PHP: Hypertext Preprocessor.
Sumber : Soalan Lazim
5 weeks ago












0 comments:
Post a Comment