PENGENALAN KEPADA JAVA
Objektif
Penerangan tentang Teknologi Java iaitu:
§ Java Application
§ Java Applet
§ Java API packages
Pengenalan
Terdapat dua elemen penting tentang teknologi Java :
§ Bahasa Pengaturcaraan Java
§ Pelantar Java.
Bahasa Pengaturcaraan Java
§ Java ialah bahasa pengaturcaraan yang dicipta oleh Sun Microsystems.
§ Mempunyai 11 ciri-ciri berikut :
Simple, object-oriented, network-savvy, interpreted, robust, secure, architecture neutral, portable, high-performance, multithreaded, dynamic language.
§ Dua ciri paling utama yang menjadikan Java begitu dikenali - architecture neutral dan portable.
Mudah dan Berorientasikan Objek.
§ Merupakan bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek.
§ Konsep objek sangat diperlukan untuk membangunkan sistem yang kompleks yang berasaskan rangkaian seperti sistem teragih dan sistem berasaskan pelanggan-pelayan (client-server)
Kuat (Robust) dan Selamat (Secure)
§ Bahasa pengaturcaraan Java direkabentuk dengan mempunyai kemudahan iaitu mengumpulkan sampah secara automatik (automatic garbage collection).
§ Setiap aturcara Java mesti melalui dua fasa iaitu pengkompilan dan perlaksanaan.
§ Sebelum aturcara Java boleh dilaksanakan, pengkompil akan memastikan ia bebas dari sebarang kesilapan.
§ Teknologi Java direka untuk beroperasi dalam persekitaran teragih - ciri keselematan sangat penting.
§ Aplikasi yang dibangunkan dalam Java adalah selamat dari diganggu oleh kod-kod asing atau lebih dikenali sebagai virus.
Architecture Neutral.
§ Aturcara Java menyokong perlaksanaan dalam persekitaran rangkaian yang berbeza (heterogeneous network environments).
§ Komputer di dalam rangkaian selalunya menggunakan pelbagai pelantar.
§ Bagi membolehkan Java diimplemtasikan pada pelbagai jenis pelantar perkakasan, setiap aturcara Java yang telah dikompil akan dijanakan kodbait (bytecode).
§ Berbeza dengan bahasa pengaturcaraan yang lain, pengkompil akan meghasilkan kod-kod binari.
§ Kodbait adalah satu “architecture neutral” yang mudahkan suatu aplikasi dilaksanakan pada pelbagai pelantar perkakasan dan perisian.
§ Apabila tiba masa hendak dilaksanakan barulah Java VM pada sesuatu pelantar akan menterjemahkan kodbait kepada kod mesin tersebut.
Mudah alih (Portable)
§ Suatu aturcara Java yang ditulis di atas satu mesin tidak perlu dikompilkan semula untuk dilaksanakan di atas mesin lain.
§ Mudah alih berkaitan dengan penulisan kod sumber manakala architecture neutral berkaitan dengan perlaksanaan aturcara yang terhasil dari pengkompilan kod sumber.
Interpreted, Threaded, and Dynamic
§ Pentafsir Java boleh melaksanakan kod-kodbait secara terus pada mana-mana mesin.
Aturcara Java terbahagi kepada 2 iaitu:
- Aplikasi Java
- Java Applet.
q Aplikasi Java adalah aturcara yang sifat berdiri sendiri (standalone) seperti perisian permainan dan pemproses perkataan.
q Manakala Java Applet ialah satu aturcara yang boleh dilaksanakan oleh pelayar Web.
q Aplikasi Java tidak memerlukan satu pelayar untuk membolehkan ia dilaksanakan.
Pelantar Java
q Pelantar adalah satu persekitaran perkakasan atau perisian yang membolehkan aturcara dilaksanakan.
q Pelantar juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan sistem pengoperasian dan perkakasan.
q Pelantar yang paling popular ialah Windows 2000, Linux, Solaris, and MacOS.
q Pelantar Java berbeza dengan pelantar yang lain.
q Pelantar java hanyalah satu perisian yang membolehkan suatu aplikasi boleh dilaksanakan pada pelantar perkakasan yang berbeza.
Pelantar Java mempunyai 2 komponen :
q Java Virtual Machine (Java VM)
q Java Application Programming Interface (Java API)
Pelantar Java boleh digambarkan dengan rajah berikut (sumber : laman Web http://java.sun.com).
Java Virtual Machine (Java VM)
q Java VM adalah perisian atau perkakasan yang melaksanakan arahan dalam aturcara Java yang telah dikompil.
Java Application Programming Interface (Java API)
q Java API ialah koleksi komponen perisian (dikumpulkan dalam pustaka) yang membolehkan penggunaan semula komponen dalam aturcara.
Sejarah Java
q Java dimulakan dari projek Sun pada tahun 1991.
q Tujuan utama projek tersebut ialah untuk membentuk perisian yang bersifat mudah alih dan teragih.
q Bahasa C++ mulanya digunakan tetapi setelah banyak kesukaran dihadapi, mereka membuat keputusan mencipta dan menggunakan bahasa baru.
q Bahasa Java dicipta berasaskan bahasa C++.
q Bahasa Java bersama browser HotJava diumumkan pada tahun 1995.
q Java dilancarkan tepat pada masanya. Ketika itu Internet sedang bercambah penggunaannya.
q Kebolehan aturcara Java (applet) untuk diletakkan pada laman Web telah membantu popularitinya.
q Semua pengguna Web di dunia boleh melihat aturcara Java.
Perlaksanaan Aturcara Java
q Setiap aturcara Java perlu dikompil dan ditafsirkan sebelum dilaksanakan.
q Pengkompil Java dikenali sebagai Javac. Pengkompil akan menukarkan aturcara tadi kepada kod-kod bait.
q Seterusnya pentafsir akan mentafsir dan melaksanakan setiap arahan kod-kod bait tersebut.
q Proses pengkompilan hanya akan berlaku sekali sahaja tetapi pentafsiran perlu dilakukan setiap kali aturcara hendak dilarikan.
q Proses pengkompilan dan pentafsiran dapat digambarkan seperti rajah di bawah:
q Satu program Java, “myProgram.java” telah dicipta dengan menggunakan Pengedit Teks. Pengkompil akan menukarkan program ini kepada myProgram.class yang terdiri daripada kod-kod bait.
q Pentafsir Java diperlukan bagi membolehkan aturcara myProgram dilaksanakan.
q Kod-kod bait Java boleh dianggap sebagai arahan kod mesin bagi Java Virtual Machine (Java VM).
q Setiap pentafsir Java, sama ada pada peralatan pembangunan (tempat aturcara dibangunkan) atau pelayar Web, merupakan satu implementasi bagi Java VM.
q Selagi komputer mempunyai Java VM, maka ia boleh melaksanakan sebarang aturcara Java.
q Kod-kod bait Java membolehkan “aturcara dibangunkan sekali tetapi dilaksanakan di mana-mana”.
Proses Membangunkan Aturcara Java Mudah.
Proses untuk membangunkan aturcara Java yang mudah.
1. Pastikan komputer tersebut telah dimuat turun dengan Java Development Kit (JDK). Perisian ini boleh didapati secara percuma dari laman Sun (http://java.sun.com/products/index.htm)
Bagi membolehkan perisian JDK dapat digunakan dari direktori lain, laluan (path) perlu disetkan. Bagi melaksanakan proses ini pergi ke fail Autoexec.bat, taipkan
set path = c:\jdk\bin;
Simpan fail aoutoexec tadi dan hidupkan semula komputer.
2. Cipta satu aturcara Java dengan menggunakan Pengedit Teks.
Contoh aturcara.
/* First Java Programming */
/* Prgrammer : Ahmad Shaarizan Shaarani */
/* Date : 21 November 2000 */
public class Hello
{
public static void main(String [ ] args)
{
System.out.println(“Selamat Datang”);
}
}
Simpankan fail tadi dengan nama “Hello.java” pada direktori c:\jdk\bin\.
3. Mengkompil aturcara.
Pergi ke persekitaran DOS. Taipkan pada direktori c:\jdk\bin>javac Hello.java
4. Melaksanakan aturcara
Taipkan c:\jdk\bin>java Hello
Output dibawah akan dipaparkan pada skrin
Selamat Datang
Menganalisa Aturcara Hello.java
1. /* First Java Programming */
2. /* Prgrammer : Ahmad Shaarizan Shaarani */
3. /* Date : 12 June 2000 */
4.
5. public class Hello
6. {
7. public static void main(String [ ] args)
8. {
9. System.out.println(“Selamat Datang”);
10. }
11. }
Aturcara ini dimulakan dengan tandaan
/*…..…*/
q Ini menunjukkan komen iaitu digunakan untuk membuat penerangan ringkas dalam aturcara.
q Komen ini dilakukan untuk menerangkan tujuan aturcara atau proses.
q Baris kelima mengandungi pengistiharan satu kelas yang diberi nama Hello.
q Dalam kelas ini terdapat satu lagi pengistiharan kelas main.
q Setiap aturcara Java mesti mempunyai kelas main.
q Aturcara Java yang telah siap ditulis perlu disimpan dengan menggunakan nama kelas yang mengandungi kelas main. Contohnya aturcara di atas, mesti disimpan dengan menggunakan nama “Hello.java”.
q Baris ini juga menggandungi perkataan public.
q Ini bermaksud, segala kandungan dalam badan fungsi {…} boleh dicapai oleh kelas-kelas yang lain.
q Perkataan static pada baris ke-7 pula menunjukkan method tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kelas tersebut sahaja.
q Manakala perkataan void pula bermaksud method tidak memulangkan sebarang nilai.
Kebaikan Java
q Kebaikan Java yang utama ialah architecture neutral dan portal.
q Selain daripada itu, kebolehan aturcara Java untuk diletakkan pada laman Web telah membantu popularitinya.
Kelemahan Java
q Kelemahan utama Java jika dibandingkan dengan C dan C++ ialah perlaksanaan-nya yang perlahan.
q Ini kerana walaupun aturcara Java dikompil, tetapi pengkompilan ini tidak lengkap sehingga menghasilkan kod mesin.
q Kod bait masih perlu diterjemah sebelum boleh dilaksanakan.
Sumber : Pengenalan kepada java
5 weeks ago












0 comments:
Post a Comment