Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, July 31, 2009

accident

30 Julai 2009 : Roundabout Uitm
Hari ini dalam sejarah, first time mengalami situasi accident..huhuhu..kelakar pun ada.Ceritanya petang tu balik dari office ingat nak gi isi minyak kat shell sec7 before ambil adam.
Roundabout uitm biasalah bz,ada kereta viva putih depan kereta ummi ni teragak-agak nak ke kiri ke kanan, so terpaksalah ummi slowkan kereta nak bagi laluan dia eh..ehe..eh lagi..tiba-tiba..bapppppp terkedepan ummi masa tu, mula - mula tak tau kereta kena kiss..ingat enjin mati mendadak..hihihi..pastu ummi bawak kereta ketepi susur masuk ke uitm, ada kelisa follow dari belakang..OMG ada kereta langgar kancil..habislah!pokailah aku..huhuuh
Si A dalam kereta tu keluar dan panik, dia kata kereta dia baru lepas accident dan claim inssurance, so dah macam benganglah ..kitaorang

ummi: so camne ni ?
Si A : Ni kena gi balai ni!habis kereta saya..
ummi : oklah, so we go to the nearest police station.
Si A: saya tak tahukawasan sini
ummi :ok, better pergi yang dekat kat sec 6,dekat dengan rumah saya pun.tapi saya kena ambil anak saya dulu.
Si A: ok saya follow

So ummi gi lah ambil adam, then kita terus gi balai polis seksyen 6.Sampai kat sana polis tu kata, kalau trafik kena pergi ke seksyen 11.Alamak, minyak kereta ummi dah bawah line merah lagi!
So si A terus ke Balai Polis seksyen 11 dan ummi gi isi minyak dulu...bawaklah si adam sekali..hihi..adam dah berpeluh-peluh dalam kereta.sian adam.

sampai kat Balai Polis cawangan Trafik lengang je..ummi dengan adam je..so ummi tanya kat cik plois wanita yang comel tu..

ummi: cik..ada ke orang datang buat report acident 10 minit yang lepas?
cik polis : hmm, takde
ummi : agak - agak siapa yang salah ye?
cik polis : biasanya dia yang salah..puan ada ambil no kereta dia?
ummi : alamak, lupa plak..

moral of da story:
lain kali kalu berlaku apa - apa accident, sila ambil dan simpan no kenderaan yang terlibat. hasil keputusan sarjan rohaizad, ummi tak perlu keluarkan duit satu sen pun leh claim insurance kereta si A..ya beda bedu...alhamdulilah..segalanya selamat..
so ni lah hasil bumper yang dah kena kiss dengan kereta kelisa.. :(





Monday, July 27, 2009

aircond

Adam sibuk bercerita ke'heavenan' dia bercerita betapa seronoknyer dia duduk di bilik tido yang dah ada aircond.


zzzzzzzzzz

Ni gambar kat atok abah car..ondaway ke putrajaya..adam stim..

Friday, July 24, 2009

Balik Nusery

Adam sekarang duduk dalam car seat dah tak pandai duduk diam, ni sepanjang dari nusery ke rumah, dia berdiri je..bukan main bergalak lagi dia bila berdiri mengadap cermin..mulutnyer pun bising!

Excercises

ni untuk semua yang selalu mengadap pc je..take 5 jap!

candid

Ni gambar adam masa kitaorang kacau da tengok tv..seluar punyalah besar..

22 Julai 2009 : KLIA
Kitaorang berialah nak ke KLIA ingat nak hantar O yut dan O Yang berangkat ke tanah suci..tapi apakan daya..dapat telefon je kat klia..tak sempat..diorang dah masuk :(

adam dapat ramas buah mata kucing..bukan main happy lagi ye..

Thursday, July 23, 2009

@ nusery

Gambar dan video ni, di beri oleh Ju (baby sitter) adam. dalam video tu adam bersama wafi, wafi muda sebulan dari adam..kat nussery..adam ni suka betul bermanja-manja ngan wafi..mcm video tu..wafi gelak..makin dia kacau..ihihihi

so sweet my love!ni buat mak atin makin geram kat adam ni..

Friday, July 10, 2009

work smart

Adam datang office..bermain dengan kakak aula,aina dan auntie laily.Akal baru adam malam tu..adam dah pandai marah bila auntie laily kiss adam..hihihi..tak sempat nak capture video.marah betul dia bila kena kiss dek anak dara.
Bila dah pakaikan kasut.bukan main lagi yer adam..hihihi..credit to auntie laily for da pic! :)

tak sempat-sempat lagi ummi nak pakaikan kasut.

hai!here i come!

abah!adam dengan gadis-gadis comel yer..say bye to abah!

oh! another pose..


step a head with auntie lieya..bye ummi and abah!

Friday, July 3, 2009

Happy Birthday


Tuesday, June 30, 2009

free time

Ni Table hadiah dari pak long adam masa pak long balik, pak long..tengoklah adam berinteraksi dengan table tu.


ni aksi adam bila ummi tak layan dia.


Ni abah adam yang ajar!while ummi masak.

Ayam Terriyaki

Hihihihi..ni cetusan idea dari kak mira lah ni, hihi..tapi dah ditambah dan diubah suai mengikut selera hubby..

Bahan-Bahan A
5 potong dada ayam atau peha ayam atau kepak
2 Sudu Makan Madu
2 Sudu Kicap Manis
2 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Gula
1 Sudu Garam Halus
2 Sudu Minyak Bijan

Bahan-Bahan B

3 Inci Halia
3 Ulas Bawang Putih

Cara-cara.
Masak ni cukup mudah, Kalau tau dari dulu lagi dah buat.Yang penting perlu ada Non stick fry pan. Tak perlu minyak, cuma minyak bijan bagi menambah aroma.
Bahan B perlu di blend tapi tak perlu lumat sangat.
Bahan A dan Bahan B di gaulkan sekali, kemudian perap selama lebih kurang sejam dalam fridge
After 1 Hour just letak ayam dalam fry pan. Bila masak dia berkuah, just perlu goyang-goyangkan fry pan dan terbalikan ayam agar tak hangus sebab ada gula. Kalau air kering dan ayam lom masak just tambahkan kuah ayam yang balance tadi.

Sedia untuk dihidang.kiranya ayam ni macam ayam nasi ayam gak cuma tanpa minyak.


Friday, June 26, 2009

tupperware

Ni Gambar petang balik dari opis.adam nak buka tupperware tu,hihi sampai meleleh air liur dia.

Tuesday, June 23, 2009

Pesanan untuk Suami

Untuk para suami, ikutilah pesanan anda untuk menjamin kerukunan rumahtangga anda.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4 Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Sumber : Famili Azam Dot Com

Lemah Wanita Lembut Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....


Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"

Tips Membesarkan anak

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Merekatentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google