Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 3, 2010

Wedding Pencinta wanita

16 Januari 2010 : Galeri Shah Alam


Walaupun weddin ni dah 2 bulan berlalu..baru sempat diupload gambarnyer..tahniah diucapkan kepada memepelai..semoga bahagia dunia dan akhirat..adam tak sihat masa ni..sian dia..tak berapa nak aktif...hmmm..

Bye..Bye



Tinggal kenangan. bersama CC Salwa dan Kak farah, semoga kalian sihat sejahtera dan berjaya dalam segala lapangan yang diceburi..tempat ambil gambar ni pun dah tinggal kenangan..sebab kitaorang dah tak duduk kat situ lagi..hmm..sob..sob.. really miss da moment together..

Tuesday, January 5, 2010

pantai

Di waktu petang..apa lagi..menghabiskan masa di pantai kemasik sambil bermain air di gigi pantai..huhuhu adam memang suka bermain dengan pasir pantai..adam suka explore benda baru..so bila dia tengok ombak..rasa air datang kat dia..dia akan sibuk bercakap dengan kita..ya Allah semoga adam menjadi anak yang soleh dan bijak!




Adam car

Alhamdulilah, akhirnya ummi dan abah adam dapat gak belikan car untuk adam..ialh bukan apa..dia asyik sangat dengan stereng..sampaikan cd kat umah pun dibuatnye setereng..siann anak ummi.. kereta ni kami beli online..memang berbaloi..jauh tu g amik kat hospital sungai buloh..tapi adam dari dalam kereta lagi dah naik kereta dia..

ni aksi masa malam dapat kereta..tak sempat kitaorang turunkan kereta..dah sibuk nak wipe da car!

ni gambar kat kerteh..bukan main lagi adam..


Thursday, December 31, 2009

Polish car

Baru beberapa minit adam dapat present Suzuki Mini car ni dari ummi dan abah..dah sibuk nak mengelap..nak bagi kilat..lebih dari kereta abah,dan tok abah..jangan marah ye..adam dah ada kereta..so tak perlulah nak berebut car key lagi :)

Friday, December 4, 2009

Macam Mana Berfikiran Positif

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk,cepat-cepat istighfar.
Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.
Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.
Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.
Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.
Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik,lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah
yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

Thursday, November 19, 2009

Jika Orang

Jika orang tidak suka,madu diminum terasa cuka
Jika orang sudah benci, nama disebut dikata caci
Jika orang tidak sudi,tiada guna kita berbudi
Jika orang tidak pandang, diam saja jangan meradang
Jika orang tidak peduli, ular menjalar dikata tali
Jika orang tidak kisah, bawa bertenang jangan gelisah
Jika orang buat tidak tahu, tiada gunanya berganding bahu
Jika orangtidak pelawa, jangan sekali berasa kecewa
Jika orang sudah tidak percaya, cicak kecil disangka buaya........

Friday, November 6, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Selamat Ulang Tahun Sayang..Adam kepenatan, dia tido pas kitaorang beli kek...pas dinner baru dia bangun..adam excited sangat nak potong kek sendiri dan tiup lilin

Tak sabar nak blow..tapi tak reti nak blow..

yummy!! sedap ummi!

Cameron Highlands

24 Oktober 2009 : Cameron Highlands

Alkisah plan last minute..kitaorang menghabiskan weekend ke Cameron Highlands,Abah dan mak datang sebab qila konvo on monday.so kitorang gi ar cameron weekend tu..

Aktiviti terakhir kat cameron is menikmati teh disamping melihat pemandangan segar daun-daun teh..masing-masing possing bukan main lagi..accept adam yang tak berapa sihat. Syukur alhamdulilah..perubahan udara yang disedut dicameron menghilangkan demam adam yang hampir seminggu demam panas tak hilang-hilang...

Menikmati tumbuhan bunga yang mekar dan indah. menyejukan pemandangan mata dan hati.Adam excited tengok butterfly kat taman ni.


Ni paling Adam suka, tak masukkan duit pun takpe, yang penting dapat duduk dan bermain dengan steering tu.

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah

Oleh kerana daging dan masak merah adalah fav hubby..so masaklah kita daging masak merah yang mudah dan ringkas..

Bahan - Bahan
Daging di hiris nipis dan direbus.(Petua nak cepat empuk:"daging direbus sekali dengan sudu besi bila air dah mendidih masukkan 2 ketul ice "
Kicap manis
Sos Tomato
Asam Keping @ Asam Jawa
Bahan Blend sekali:
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Lada giling
Tomato

Cara:
Masak Merah ni mudah je..panaskan minyak bersama serai biar wangi.
Masukkan bahan yang di blend sampai bau wangi.
Masukkan air asam @asam keping.
Masukan kicap sedikit je dan sos tomato
Masukkan daging dan biarkan lama sikit sampai daging dan perencah sebati.
Bila dah agak2 likat dan warna pun menarik.leh ar diangkat dan dihidangkan!

Thursday, November 5, 2009

Happy Birthday!

” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya supaya bagus amal perbuatannya, lapangkanlah rezekinya, dekatkanlah dirinya menuju kebaikan dunia dan akhirat, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh, yang sentiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin




Thursday, October 29, 2009

Anugerah Ilham Desa



Guru Besar S.K Mawai Tuan Haji Hassan Bin Karno. ditemubual oleh RTM pagi ini..hanya ini sahaja yang sempat dirakam.

Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 diadakan pada 27 Oktober hingga 29 Oktober 2009 di Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Anugerah Ilham Desa akan diadakan pada 29 Oktober 2009 (Khamis) yang disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, October 15, 2009

lap meja

Adam sekarang ni cepat betul copy apa yang ornag buat..video ni saja je ambil, adam tak perasan..tapi bila dia perasan dia marah plak ummi dia ambil..hihihi..
dah pandai membebel..lap meja sambil membebel..
sekarang pun dah pandai ambil phone act mcm ada org call dia..

Tuesday, October 6, 2009

raya

3 Oktober 2009 : Rumah Anum Putrajaya
Adam happy betul main tricycle ni..tq harris bagi adam duit raya..


sweet sangat time ni..adam kiss haikal..

Monday, October 5, 2009

11 months!

adam hari ni 11 bulan..semoga menjadi anak yang soleh, keep smile always! love u so much!

gambar ni ju babysiter adam yang mms pagi tadi..kebetulan diorang pakai baju sama, adam ni tak nak kawan ngan budak lain kecuali wafi ni..
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google