Sebagai seorang isteri, sudah tentu rasa tertekan bila
rumahtangganya ada campurtangan daripada orang lain.
Tetapi rasa serba salah pula hendak membuat sebarang
tindakan sebab orang itu pula bukanlah orang asing
tetapi ibu kepada suami kita sendiri. Kita perlu
ingat, Allah telahpun memberi ketetapan bahawa seorang
isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya.
Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya,
ertinya dia juga telah mencacatkan hati suaminya. Maka
dia adalah seorang isteri yang menderhaka dan menjadi
orang yang dimurkai oleh Allah.
Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala ada mertua
yang suka sangat mencari-cari kesalahan anak menantu.
Dikatanya menantu tidak pandai memasaklah, rumah tidak
kemas, tidak pandai jaga anak atau mengungkit-ungkit
segala kebaikan yang pernah dilakukan terhadap kita.Yang paling malang apabila mertua pandai bermuka-muka didepan anak lelakinya sendiri dan menantunya. Didepan anaknya bagaikan pijak semut pun tak mati..dialah yang paling banyak berkorban dan beralah..kononnya..tapi sebaliknya tidak boleh tengok menantu lebih darinya..sedangkan anaknya tidak tahu perasaan isteri yang semakin stress dengan sikap mertuanya.
Bagaimanakah agaknya kita menghadapi segala persoalan
ini secara rasional.
1. Mengutamakannya dalam segala hal.
Dalam apa juga hal dan tindakan, kita mestilah
dahulukan ibu mertua kita selagi perkara itu diizinkan
oleh suami. Terutama bagi mertua yang duduk serumah,
kita hendaklah mengutamakannya sebagaimana kita
meletakkan suami di hadapan kita. Mintalah nasihatnya
dalam apa jua tindakan walaupun ia dianggap kecil dan
remeh. Contohnya, “Emak, ikan ni masak apa yang paling
sedap sekali?” Atau, “Emak buat asam pedas selalunya
sedap, mak buat macamana?” Sesekali jika ajak mentua
kita keluar bersiar-siar dengan kereta, biarlah dia
duduk di kusyen hadapan bersama anak lelakinya. “Emak
silalah duduk di hadapan, biar saya duduk di belakang
dengan anak-anak.”
Atau jika keluar pergi ke pasar tanyalah kepadanya,
“Emak ada tak nak pesan apa-apa yang mak teringin nak
makan. Nanti boleh saya carikan di pasar.”
Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi yang boleh
kita lakukan untuk memberi penghormatan kepada mentua
kita hingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan
disayangi. Nanti akan terjalinlah ikatan kasih sayang
di antara kita dengannya.
2. Fahami watak dan perasaannya.
Sebagai seorang isteri sepatutnya kita mesti memahami
akan watak dan perasaan ibu mentua. Bukankah mereka
lebih dahulu ‘makan garam’ lebih banyak pengalaman
maka sudah tentu mereka lebih suka jika nasihat mereka
dituruti.
Ada kalanya mereka cemburu bila melihat anaknya lebih
melayani isterinya hingga lupa memenuhi keperluannya.
Mungkin sebelum kahwin dahulu, anaknya sering memenuhi
keinginannya, menjaga makan minumnya, sering membawa
dia keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tetapi setelah
berkahwin, segala tumpuan telah beralih kepada isteri,
maka keperluan ibunya sudah dibuat sambil lewa saja.
Oleh itu tidak hairan jika timbul rasa cemburu dan
irihati terhadap menantunya.
Oleh itu isteri mesti seringkali ingatkan suami
tentang tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri.
Contohnya jika suami memberikan sesuatu hadiah untuk
kita maka katakan kepadanya, “Abang hadiahkan baju ni
untuk saya aje ke. Mak punya abang dah beli?”
Tanyalah dengan penuh kasih sayang agar dia ingat akan
tanggungjawab. Atau ingatkan pada waktu-waktu terluang
supaya dia menziarahi orang tuanya. “Kalau ada
kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah abang
tu. Entah sihat ke tidak, perlu juga kita jenguk.”
Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun
sudah berkahwin dia masih ada kewajipan terhadap ibu
bapanya. Maka kita sebagai isteri perlu
mengingat-ingatkan suami kita tentang tanggungjawab
mereka itu. Membiarkan suami dalam kelalaian memikul
tanggungjawabnya bererti membiarkan suami dalam
kederhakaan dan dosa yang akhirnya menyebabkan dia
terjun ke Neraka. Sanggupkah kita lihat suami yang
tercinta itu kelak akan diseksa di Akhirat?
Jadi bantulah dalam mengingatkan kealpaan suami.
Jangan pula kita yang mengongkong suami agar
menumpukan perhatian pada kita sahaja.
3. Sentiasa menggembirakannya.
Sebagai menantu kita mesti sentiasa peka dengan
apa-apa yang disukai oleh mentua. Kalau pulang
menziarahi mereka, bawalah buah tangan yang dapat
menggembirakan hati mereka. Berikanlah hadiah-hadiah
yang disukainya seperti telekung, tasbih, tudung, kain
batik, celak dan lain-lain lagi. Hadiah ini akan
mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita dengan
ibu mentua.
Ajarlah anak-anak agar dia pandai menghormati datuk
dan neneknya. Suruh dia bersalam dan cium tangan
setiap kali berjumpa atau hendak keluar rumah,
berjalan tunduk bila lalu di hadapannya serta bersopan
santun di hadapan mereka.
Sebenarnya kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya
melebihi daripada kasih sayang di antara seorang ibu
terhadap anaknya. Sebab kadangkala mentua tersinggung
bila mendapati sebarang kekurangan dan kecacatan dalam
menjaga cucunya. Seperti kurang diberi perhatian,
pakaiannya comot tidak ditukar dan sebagainya. Jadi
pandai-pandailah kita mengatasi masalah-masalah yang
remeh seumpama itu.
Di samping itu kita juga mesti menunjukkan sikap
berkasih sayang kepada cucu-cucunya yang lain dan juga
mengajarkannya kepada anak-anak supaya berbuat yang
sedemikian juga. Apa yang perlu dibuat ialah sering
mencari sesuatu yang menjadi kegemaran dan
kesukaannya. Kemudian layanilah sungguh-sungguh hingga
dia dapat rasakan beruntungnya mendapat seorang
menantu yang memahami jiwanya. Contohnya seperti
membasuhkan pakaiannya, memasak makanan kegemarannya,
memicitkan kepalanya jika perlu dan sebagainya.
4. Sentiasa menghisab diri.
Jika pada hari itu kita lihat mentua kita bersikap bad
mood, bermasam muka atau bersikap acuh tak acuh saja
dengan kita, sudah tantu ada perkara yang tersirat di
sebaliknya.
Cuba ingat-ingat mengapa agaknya ibu mentua rasa tidak
senang dengan kita. Memang tidak dinafikan kita tidak
akan lepas daripada membuat sebarang kesalahan tapi
untuk mengurangkannya berhati-hatilah agar ianya tidak
berlaku berulang kali.
Mungkin baru sebentar tadi kita telah menyinggung
perasaan mentua kita kerana memukul cucu
kesayangannya. Atau dia tersinggung kerana telah
membantah sedikit arahan suami (anaknya) itu sebelum
dia keluar ke tempat kerja sebentar tadi. Jika telah
berlaku perkara-perkara seumpama itu, maka
cepat-cepatlah cari jalan untuk membuat seberapa
banyak kebajikan terhadap mentua kita. Hingga kebaikan
yang kita buat itu dapat dirasakannya dan kesalahan
yang kita lakukan sebentar tadi menjadi kecil pada
pandangannya. Jika kita memang telah berusaha sedaya
upaya untuk menjaga hati dan perasaanya tetapi mereka
tetap juga tidak puas hati, janganlah pula kecewa.
Yakinlah itu ujian bagi kita untuk mencapai kasih
sayang Allah. Kerana Allah menjanjikan orang-orang
yang sabar itu pahalanya ialah masuk Syurga tanpa
hisab (dihitung dosa dan pahalanya). Firman Allah
dalam surah An Nahl: 96 yang maksudnya:
“Dan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu
pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan
dengan sebaik-baiknya.”
Oleh itu hendaklah kita selalu mengingatkan diri kita
dengan berkata, “Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran
dalam menghadapi masalah ini. Tunjukilah aku jalan
keluar yang sebaik-baiknya. Semoga ujian yang Engkau
berikan ini dapat mendidik diriku untuk semakin dekat
dengan-Mu.
Sejarah pernah menceritakan tentang seorang sahabat
Alqmah dengan ibunya. Beliau adalah seorang yang amat
sayang terhadap ibunya dan sering mengunjungi ibunya
terutama ketika beliau lalu untuk ke masjid. Dia
selalu bertanyakan keperluan ibunya dan menguruskan
kebajikannya. Tetapi setelah dia berkahwin jarang
sekali Alqamah menemui ibunya itu. Hingga ibunya
berkecil hati dengan sikap Alqamah. Ketika Alqamah
hendak meninggal dunia, beliau tidak dapat mengucapkan
syahadah. Lalu Rasulullah meminta ibunya memaafkan
segala kesalahan anaknya itu. Jika tidak, Alqamah akan
dibakar hidup-hidup. Setelah ibunya memaafkan barulah
Alqamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan lancar.
Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan ada mentua
yang tidak menyenangi menantunya. Mungkin pada awal
perkahwinan memang dia tidak merestuinya atas
sebab-sebab tertentu. Maka sebagai isteri yang ingin
menjadi menantu yang baik, janganlah mudah kecewa
dengan sikap mentua yang begitu. Terimalah dengan
sikap yang terbuka kerana mustahil bagi seseorang ibu
tidak menyayangi anaknya lebih-lebih lagi jika anak
menantunya itu jelas mempunyai budi pekerti yang baik.
Lambat laun marahnya akan reda juga terutama bila
sudah mendapat cucu nanti.
Oleh: Puan Nor
5 weeks ago












2 comments:
erm..petua yg bernastu..so can control our temperature..hahaha..
hiii..wahai cik zurra yang manis..itu semua kenalah kita amalkan dan banyakkn bersabar ye..
Post a Comment