Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, January 19, 2009

Mengerat kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit.

* Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

* Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

* Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh
dari penyakit.

* Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan
oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia
hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita
hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga
perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar,
eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah
sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi
dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan,
kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan
last
sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari
kelingking
kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat
dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi
perkara
yang lebih besar dari itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google