Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, August 15, 2008

Petua

Daun nangka empukkan daging

Cuba ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka (bergantung kepada kuantiti daging yang dibeli.) Masukkan daging ke dalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang dicuci bersih. Rebus selama lima hingga sepuluh minit, daging akan kenyal dan enak dimakan.

Santan tahan lama

Caranya ialah dengan memerah kelapa yang dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api yang sederhana sehingga pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Santan akan dapat bertahan selama dua hingga tiga hari.

Tauge tahan lama

Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan-potongan limau tersebut ke dalam tauge yang direndam dalam air. Hasilnya tauge akan tetap segar untuk digunakan selepas itu.

Cili mesin boleh tahan lama

Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.

Kurangkan ulat beras

Jika beras disimpan lama, tentu banyak ulat akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya, ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu, alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang ulat.

Menghilangkan lendir pada keladi

Caranya, kupas keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan keladi berkenaan dan basuh sehingga lendir-lendir berkurangan. Tuskan dan bilas denga air bersih.

Mengatasi rasa pahit peria

Hiris peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan peria yang dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit. Selepas itu cuci peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya peria yang dimasak itu tidak berasa pahit apabila dimakan.

Agar sayuran celur kelihatan segar

Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum mencelur sayur-sayuran. Setelah celur, tus sayuran daripada air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google