Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, October 2, 2009

makan-makan

2 oktober 2009 : RIC Anggerik Mall
Malm tu saja-saja je rasa nak makan kat RIC..best jugak tom yam dia..cukup masam!terliur bila teringat..makan malam ditaja oleh jutawan maya..YB baru..terima kasih daun keladi..wat susah-susah je..

Adam masa baru samapai tido..tapi pastu dia plak yang makan fries..

Pose with en Kodam..credit to cik ainlaily for da nice pic!

licin makanan sebab semua lapar...tulunn..adam pun makan

Monday, September 28, 2009

Aidilfitri

20 September 2009 : Kerteh House
Alhamdulilah, selamat hari raya maaf zahir batin diucapkan kepada semua..semoga aidilfitri kali ini lebih mengeratkan siratulrahim antara satu dengan yang lain..

Tahun ni aidilfitri disambut dirumah MIL di Kerteh Terengganu.Aidilfitri kali ni tak berapa best sebab kak mira dan abg anas tak dapat beraya bersama kami sekeluarga..
ni antara gambar yang ada, banyak lagi tak upload dek kerana MMC tertinggal di kota tinggi.

adam bila pakai kopiah, takleh nak senyum lansung..masam je mukanyer..almaklumlah..dipaksa pakai oleh umminya..

Monday, September 14, 2009

Berbuka puasa

12 September 2009 : Intekma Resort Uitm Shah Alam
Alhamdulilah, akhirnyamajlis berbuka puasa dapat juga diadakan walaupun cuma di Intekma. Mana taknya ni kira first gathering kitaorang setelah 11 tahun tak jumpa. Bayangkan ni adalah gathering X-SRKL 93 means ex student Sekolah Rendah Kebangsaan Laksamana. Memang happening jumpa korang semua..tapi tu ar, masa singkat je..dah lama tak jumpa..kita jumpa sekejap je..may b next time can arrange another gathering!

Terbeliak adam bila kena ambil gambar dengan uncle zaman..maklumlah camera besauuu..adam apa lagi..pose


adam main dengan dina

Friday, September 11, 2009

Jusco

aksi adam bila kitaorang shopping kat jusco..huhuhu bukanmain lagi dia..


jalan-jalan

Adam naik trolly, dengan sonkok aji barunya..


Friday, August 28, 2009

alooooo

Ni aksi adam bila dipakaikan semual selimut dia masa baby..alahai jelir-jelir lidah lagi..ni yang buat mak atin makin geram ni kat adam ni!!!!
adam..adam..jangan nakal-nakal sangat ye.. please..pleasee..please...kamu jangan nakal..

ramadhan di kerteh

22 Ogos 2009 : Kerteh
Tahun ni sambut ramadhan di Kerteh. Umah my MIL.Adam dah tak boleh dah duduk dalam kereta lama-lama, bosan!!! dia asyik nak main je! kali ni balik umah my MIL ramai sikit, qila,kmah,asma pun ikut sama..so ramailah yang boleh main ngan adam dalam kereta..tapi kematu gak kaki ni ialah meriba adam sepanjang jalan sampai ke sa. maklumlah ondaway balik tu kami lalu 4 buah negeri..Terengganu, Pahang,Kuala Lumpur,Negeri Sembilan Selangor, sebab nak send asma dan kmah...

Wednesday, August 19, 2009

ride..rider..

Kitaorang g tesco, ummi saja letak adam kat rider ni..tak masuk duit pun..bukan main suka lagi dia..sampai bila ummi angkat..dia menangis..sekali ummi letak duit 50 sen..mak aii..bukan main suka lagi dia..sampai kena masuk lagi 50 sen!

gambar yang adam tunduk tu, sebenarnya dia dah ngantuk dan penat..tapi dia gagahkan jugak! my brave hero

Nur Lembah Pangsun

15,16 Ogos 2009 : Nur Lembah Pansun, Hulu Langat
Oleh kerana weekend yang lepas ummi berkursus S.P.I.E.S anjuran Selangor state.So ummi angkut adam skali ngan abah adam, memang best kursus ni..kepada kengkawan yang lom pergi..selamat berkursus!


Friday, August 14, 2009

pic from uncle ulie

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)





adam with lovely mak ngah


Thursday, August 13, 2009

ikan masak asam alaa..terengjoh

Ada ikan tenggiri sikit, tak tau nak masak pe..so kak farah kata orang terengganu suka masak asam..hihi masak asam?asam pedas aku taulah..hihihiso resepi kak farah bagi :) tq kak..

Bahan - Bahan :
ikan tenggiri
bawang merah
bawang putih
cili giling
kubis bunga ( optional sendiri )
belacan ( ptional sendiri )
air asam
Cara - cara :
tumbuk ar bagi sedap sikit bawang putih+bawang merah+belacan. hmm harum baunya bila menumis.pastu masukkan cili giling. bila dah garing baru masukkan air asam dan ikan. tambahkan kubis bunga bagi nampak cantik sikit, walau kak farah tak kata pun..hihi..terlanjur dah ada..amcam jadi x kak farah? :)

Monday, August 10, 2009

berenang

adam sedang bermandi manda..beronok..ronok dia..

Tido..dan tido

6 Ogos 2009 : home
ni ummi mc sebab demam..so adam plak yang lebih-lebih ye..hihihihi

aloo

ni antara hobi adam yang paling dia suka..main dengan fun table dia..hiihi..

bbq

1 Ogos 2009 : home sweet home
bbq ni we all wat last week, kira mcm buat port luck office mate and x-officemate mr hubby..we all just buat air ribena,choclate cake,butter prawn,sosej panggang..
Antara yang menjayakan dinner bbq!

antara menu makanan yang ada..nyum..nyum..

antara yang bertungkus lumus..

anak-anakku sayang...
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google