Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, April 6, 2009

4 perkara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh
hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit
adalah
empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang
yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui
oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

5 months


Adam dah 5 months..sian dia..demam sikit..ehek..ehek..jelah..sempena birthdy adam yang ke 5 bulan kitaorang maplai roti canai kat seksyen 3..sian adam..takde mood..Berat 7.3kg tinggi 65cm

Friday, April 3, 2009

Wedding Kota

13 MAC 2009 : After solat Jumaat
Alhamdulilah, tahniah di ucakpan kepada mak adik dan firdaus kerana telah selamat diijabkabulkan, semoga bahagia dunia dan akhirat. Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan..maklumlah ni majlis kenduri kahwin yang terakhir untuk atok esa dan atok milah..yang lain semua dah kawin..ni kira atok adam dan nenek adam yang terakhirlah kawin..hihihi..Majlis akad nikah dilakukan sendiri oleh atok esa..amcam firdaus? comfirm double berdebar masa tu kan..


Tema majlis akad nikah ialah hijau..

3 beradik, qila..fatin..ummi adam

14 MAC 2009
8.30 am
Majlis Pagi Sabtu ni dimulakan dengan majlis Khatam Alquraan,hihi masa ni ummi Adam takde lagi..kat rmah lagi..penat woo rewang semalam...

2.00 pm
Tema untuk majlis bersanding pada hari ini ialah biru turquoise, so semuanyer look blue ye.. Lihat Gambar bawah ni..antara ummi adam dan mak ngah adam..ihhihi

Antara pose dari pengantin..memang cantik Bob Ambil gambar pengantin, sporting plak tu..nak tengok leh tengok kat nisa&firdaus

Majlis bersanding tengahari tu ada hujan sikit..tengok yang pegang bunga manggar tu afiq dan wan, beria skali tunggu pengantin tak datang2 ..bersanding pukul 3pm

Antara sepupu yang ada dan sempat bergambar

Family kitaorang



Nanti uumi Adam sambung update ye..ada banyak lagi..bz lah sikit..

Thursday, April 2, 2009

mak ngah tido


Adam dengan mak ngah..ni tak taulah masa bila gambar ni diambil..dua2 tido plak tu..hmm..ni mesti mak atin yang ambil gambar adam ni..

Handsome x?


Ni first time Adam pakai seluar mcm org besar sikit.hihii..ini seluar size 1 Year..adam dah muat..ni pakai nak gi jumpa datin seri dan dato seri..kat taman guru..a.k.a moyang adam..

Wednesday, April 1, 2009

Gelak


Adam nak masuk 5 bulan ni asyik nak gelak je..antang tengok orang agah sikit..gelak aje..plak tu..kalu kena geletek kat perut..hai geli betul dia..

sexy


Ini adalah keadaan Adam yang paling selesa sekali..memang menjadi kegemaran..

Aksi nak tido





Adam sekarang kalu nak tido dah ada perangai baru..mesti nak membebel sambil pejam mata..paling best tu nak kena dodoikan..hmm ni mesti kat nusery adam dah biasa dodoikan dia..tu yg adam jadi manja nak kena goyang je..

Tuesday, March 31, 2009

ondaway balik kerteh


Ni gambar ondaway balik kerteh gak..perjalanan agak bosan..so ambil gambar la...

Friday, March 20, 2009

76 cara menambat hati isteri

Rahsia menambat hati isteri
Bahan yang juga ada dalam simpanan saya, terjumpa semula ketika proses kemaskini. Saya tak pasti kajian oleh pihak mana tetapi saya bersetuju dengan kebanyakan fakta yang ada. Kepada para suami, mungkin bagi anda perkara di bawah ini amat remeh dan mungkin leceh tetapi tidak bagi sebahagian wanita. Teliti dan kenalpasti personaliti isteri anda, kemudian praktikkan fakta yang sesuai:

--------------------------------------------------------------------
76 cara menambat hati isteri


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting daripada anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Terkejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

****Tak susah untuk menambat kasih jika anda benar-benar inginkan kasih tersebut. Pastikan perjuangan menambat kasih tidak pernah berhenti kerana kasih yang pernah wujud, boleh juga hilang terus daripada anda.

Nukilan Suzana Ghazali

Saturday, March 7, 2009

tok ki


Masa ni kitaorang baru je sampai kat kerteh, tok wan dan tok ki dah tunggu adam..adam pun bukan main suka dan bergalak kena agah dengan cik nor ye..

balik kampung


Antara aksi-aksi Adam didalam kereta. Ini ondaway nak balik kampung Kerteh..Adam sudah menunjukkan aksi - aksi bosan kerana duduk lama didalam kereta dan Adam tak berapa sihat..batuk sikit..jadi muka nampak letih je..

Penatnyerr


Adam kepenatan, almaklumlah lebih 6 jam perjalanan dari shah alam ke kerteh..hiihi..lena adam tido malam walaupun asyik terjaga kejap2..cuba tengok gambar abah adam dan adam..apakah persamaan mereka?hihihi...

Thursday, March 5, 2009

4 Months!



Adam already 4 months today! apa yang adm pandai? arghh tidak..harini Ju babysitter adam kata adam tak nak baring lansung kat tilam dia..sentiasa nak dipegang dan didukung..waduh..waduh adam..bila kena pegang je diam..mcm dalam gambar tu..ummi nak solat asar pun nangis bukan main lagi..mcm kena gaget semut..
Tadi Ju kata kat nusery adam tengok alisya makan nestum..air liur dia yang meleleh2..danmcm nk makan..adam u only 4 months ok..wait till 5 months plus..

Kiss my lips


Look @ adam lips..sian adam..bibir bercolour putih..nape ye..sian adam
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google